NADI – ESUKAN: Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan
5 Julai 2026 | Aktiviti Terkini4 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, dua orang peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – ESUKAN: Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan.
Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengurus emosi ketika menyertai pertandingan bagi memastikan prestasi yang lebih baik. Peserta akan mempelajari teknik mengawal tekanan, mengurus rasa gementar, meningkatkan keyakinan diri serta mengekalkan fokus sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada cara menghadapi kemenangan dan kekalahan secara positif, mengamalkan semangat kesukanan, serta membina daya tahan mental ketika berdepan cabaran. Melalui kelas ini, peserta dapat mengawal emosi dengan lebih baik, membuat keputusan secara tenang, dan meningkatkan prestasi dalam pertandingan serta kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: